
Pengarah JKM Kelantan Che Samsuzuki Che Noh, berkata menerusi kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku sekitar 4.30 pagi tadi apabila seorang petugas keselamatan didatangi empat hingga lima suspek sebelum tangannya diikat.
Beliau berkata, dua kenderaan dilarikan melibatkan Mitsubishi Triton berwarna kelabu hitam dan Toyota Fortuner berwarna hitam.
“Suspek juga dipercayai cuba melarikan sebuah lagi kenderaan jenis Nissan Navara milik jabatan, namun cubaan itu gagal,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal diperolehi kedua-dua kenderaan itu dipercayai telah dibawa ke Thailand.
“Kes ini kita telah laporkan kepada pihak polis dan ia masih lagi dalam siasatan mereka,” katanya.