13 budak sekolah merusuh direman

13 budak sekolah merusuh direman

Punca gaduh dipercayai akibat tidak puas hati apabila seorang daripada suspek ditampar.

gaduh sekolah
Tangkap layar memaparkan sekumpulan pelajar bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Skudai, semalam.
PETALING JAYA:
Seramai 13 kanak-kanak antara 15 individu ditahan bagi membantu siasatan kes merusuh di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai, semalam.

Ketua Polis Iskandar Puteri M Kumarasan, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 12.45 tengah hari semalam, dan mereka ditahan terdiri turut terdiri dua wanita tempatan berusia antara 12 hingga 37 tahun.

Mereka ditahan antara 3 petang hingga 11.11 malam tadi di kawasan Nusa Bestari serta Iskandar Puteri.

“Punca pergaduhan dipercayai akibat tidak puas hati apabila seorang daripada suspek telah ditampar hingga membawa pergaduhan selepas waktu persekolahan,” katanya menurut Bernama.

Kumarasan berkata, permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas dua wanita terbabit dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini, manakala semua kanak-kanak lelaki direman sehingga 14 April.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 323 kanun sama iaitu sengaja mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, video berdurasi 29 saat yang memaparkan pergaduhan itu tular di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.