Pesara rugi lebih RM300,000 terpedaya pelaburan dalam talian

Pesara rugi lebih RM300,000 terpedaya pelaburan dalam talian

Polis berkata semakan mendapati dua akaun bank suspek mempunyai lima dan 15 rekod penipuan.

scammers
Ketua Polis Brickfields Hoo Chang Hook berkata mangsa dimaklumkan kononnya meraih keuntungan lebih RM9 juta, tetapi diminta bayar komisen 12% untuk mengeluarkan keuntungan itu.
PETALING JAYA:
Seorang pesara kerugian RM303,985 akibat terpedaya pelaburan tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Brickfields, Hoo Chang Hook, berkata lelaki 81 tahun itu menekan pautan pelaburan di Facebook, sebelum dimasukkan ke kumpulan Wealth Selection Circle 111 yang mempromosikan sistem SAC menjanjikan keuntungan tinggi pada 9 Dis lalu.

Beliau berkata, mangsa memindahkan wang ke empat akaun bank berbeza melalui 15 transaksi dalam talian.

Katanya, lelaki itu kemudian dimaklumkan kononnya meraih keuntungan lebih RM9 juta, tetapi diminta membayar komisen 12% kira-kira RM110,000 untuk mengeluarkan keuntungan berkenaan.

Tetapi, selepas membayar komisen 12% dan dijanjikan boleh membuat pengeluaran tanpa bayaran tambahan, pihak terbabit menyekat pengeluaran serta menuntut komisen tambahan lebih RM1 juta.

Menurutnya, mangsa yang merasakan dirinya terpedaya kemudian ke balai polis membuat laporan.

“Semakan lanjut mendapati dua akaun bank suspek masing-masing mempunyai lima dan 15 rekod penipuan,” katanya menurut Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.