
Ketua Polis Kuantan Ashari Abu Samah, berkata lelaki berusia 50-an itu hadir ke balai polis bersama anaknya berusia 21 tahun pada awal pagi tadi, juga memohon maaf kepada umat Islam.
“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya menurut Bernama.
Ashari berkata, suspek direman sehingga 28 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman mengesahkan penahanan penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Islam menerusi platform media sosial Threads.