
Ketua Polis Penampang, Sammy Newton, berkata ketika memeriksa empat kotak mencurigakan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Penampang menemui 24 peket plastik lut sinar berisi ketulan hablur disyaki methamphetamine.
“Keseluruhan dadah dirampas dianggarkan seberat 25.74kg dengan nilai kira-kira RM1.28 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, pihaknya giat mengesan individu terbabit kes itu bagi membongkar rangkaian pengedaran dadah berkenaan.
Beliau berterima kasih kepada orang awam atas maklumat disalurkan dan menggesa semua pihak terus bekerjasama dengan polis menyalurkan maklumat bagi memastikan daerah itu kekal selamat serta bebas ancaman dadah.