Lelaki londeh seluar semasa seminar dirujuk ke Hospital Bahagia

Lelaki londeh seluar semasa seminar dirujuk ke Hospital Bahagia

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata mahkamah arah tertuduh dihantar ke Hospital Bahagian untuk penilaian kesihatan mental.

Tangkap layar memaparkan lelaki memakai dan menzip seluar sebelum beredar dari dewan.
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki yang ditahan kerana melondehkan seluar semasa satu seminar melibatkan pelajar sekolah di sebuah universiti swasta di sini telah dituduh di mahkamah pada Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata mahkamah mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta selama sebulan untuk pemeriksaan dan penilaian tahap kesihatan mental.

“Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya selepas pelancaran Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina di pusat beli belah Pavilion.

Pada Isnin lalu, seorang lelaki berusia 20an ditahan melondehkan seluar semasa satu seminar membabitkan pelajar sekolah di Universiti Teknologi & Inovasi Asia Pasifik (APU).

Dalam kes berasingan, Fadil laporan bedah siasat mendapati seorang wanita yang maut disyaki dibunuh suaminya di SPK Damansara, Kepong pada Rabu lalu mengalami 89 kesan tikaman dan kecederaan pada tubuh.

Katanya, laporan bedah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati terdapat tikaman parah di bahagian leher serta luka mempertahankan diri pada kedua-dua tangan mangsa.

Dalam kejadian itu suami mangsa turut ditemui mati dengan kesan tikaman pada badannya.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 46 tahun yang ditahan susulan penemuan mayat wanita gelandangan di hadapan sebuah sekolah pada Isnin lalu disahkan tidak siuman dan kini direman enam hari sehingga 15 Feb ini.

Fadil berkata, bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat hentakan objek tumpul pada kepala, manakala sembilan saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan polis masih menyiasat motif kejadian serta hubungan antara mangsa dan suspek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.