Mohd Jukris COO baharu Petronas

Mohd Jukris COO baharu Petronas

Pelantikan Mohd Jukris Abdul Wahab berkuat kuasa 1 Feb.

Jukris Abd Wahab
Menurut Petronas, pelantikan Mohd Jukris Abdul Wahab sebagai COO sejajar dengan usaha merealisasikan aspirasi transformasi dalam senario tenaga dunia yang dinamik.
KUALA LUMPUR:
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Jukris Abdul Wahab sebagai ketua pegawai operasi (COO), berkuat kuasa 1 Feb.

Syarikat minyak dan gas negara serta global itu menyatakan pelantikan itu sejajar dengan usaha untuk merealisasikan aspirasi transformasi dalam senario tenaga dunia yang dinamik.

“Pelantikan Mohd Jukris sebagai COO juga adalah seiringan dengan peranannya sebagai naib presiden eksekutif serta ketua pegawai eksekutif huluan di Petronas,” kata syarikat itu dalam kenyataan ringkas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.