
Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammed Jasim selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen tulen.
Beliau juga mengarahkan tertuduh dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut fakta kes, Mohammed menggunakan surat anugerah palsu bagi projek sebuah kondominium yang kononnya dikeluarkan oleh The Orion Condominium Management Corporation sebagai dokumen sokongan untuk program rekalibrasi tenaga kerja.
Dia memohon kelulusan kerajaan untuk pekerja asingnya di bawah program itu supaya mereka boleh bekerja secara sah di negara ini.
Bagaimanapun, Orion kemudiannya menafikan kewujudan projek kondominium berkenaan.
Dalam rayuannya, peguam tertuduh, Farith Emier Farhan Morni memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum dan berkata anak guamnya menyesal dengan perbuatannya itu.
Timbalan Pendakwa Raya Nidzuan Abdul Latif pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang bersifat pencegahan.