PRK Kinabatangan, Lamag ditetapkan pada 24 Jan

PRK Kinabatangan, Lamag ditetapkan pada 24 Jan

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin pada 5 Dis lalu.

VOTERS - PUBLIC - AYER KUNING
Hari penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag ditetapkan pada 24 Jan manakala pengundian awal pada 20 Jan.
PETALING JAYA:
PRK bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Sabah akan diadakan pada 24 Jan, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat SPR, Pengerusinya Ramlan Harun berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 10 Jan dan pengundian awal pada 20 Jan.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin pada 5 Dis, kurang seminggu selepas beliau dipilih semula untuk penggal kedua sebagai Adun Lamag.

Ahli politik berusia 66 tahun itu mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti tipis hanya 153 undi dalam PRN Sabah bulan lalu.

Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal.

Pada PRU 2022, Bung mengekalkan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti selesa 4,330 undi.

Minggu lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Perikatan Nasional telah memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Kinabatangan dan Lamag.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.