PRN Sabah: Lebih 39% keluar undi setakat 12 tengah hari

PRN Sabah: Lebih 39% keluar undi setakat 12 tengah hari

SPR berkata 686,216 pengundi biasa sudah menunaikan tanggungjawab mereka sempena PRN Sabah ke-17 setakat 12 tengah hari tadi.

pengundi sabah
Terdapat 1,784,843 pengundi berdaftar dalam daftar pemilih PRN Sabah ke-17, yang diadakan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri 6 Okt lalu.
PETALING JAYA:
Peratusan keluar mengundi bagi PRN Sabah ke-17 mencecah 39.37% setakat 12 tengah hari tadi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR berkata, seramai 686,216 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka sejak pusat mengundi dibuka 7.30 pagi tadi.

Pusat mengundi di 73 Dewan Undangan Negeri akan ditutup 5 petang nanti.

Peratusan keluar mengundi pada PRN Sabah 2020 ialah 66.61%.

Terdapat 1,784,843 pengundi berdaftar dalam daftar pemilih bagi PRN Sabah ke-17, yang diadakan selepas pembubaran DUN pada 6 Okt lalu.

PRN Sabah kali ini menyaksikan 596 calon bertanding bagi merebut 73 kerusi DUN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.