2 blok pangsapuri dikosongkan susulan tanah runtuh

2 blok pangsapuri dikosongkan susulan tanah runtuh

Penghuni 104 unit diarah kosongkan kediaman susulan pergerakan tanah.

tanah runtuh taman united seputeh
Bomba memantau runtuhan tanah cerun sepanjang 60m di Seputeh, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR:
Penghuni dua blok pangsapuri melibatkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh diarahkan mengosongkan kediaman, susulan pergerakan tanah akibat kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Armdan Mahat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.02 pagi membabitkan runtuhan tanah cerun sepanjang kira-kira 60m.

Beliau berkata kejadian menjejaskan dua kereta dan beberapa motosikal dengan satu daripadanya tertimbus.

“Runtuhan tanah memasuki kawasan pangsapuri berhampiran dan hasil perbincangan dengan wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, arahan dibuat kerana masih terdapat pergerakan tanah serta hujan lebat,” menurut kenyataan.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan bomba masih di lokasi untuk memantau pergerakan tanah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.