
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Mohd Hafizan Hassan, berkata 35 anggota dan jentera dari BBP Tun Razak dan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima 6.41 pagi tadi.
Katanya, cabaran utama ialah lokasi kebakaran di aras tinggi, tetapi sistem keselamatan bangunan itu banyak membantu kelancaran operasi.
“Kita melaksanakan operasi secara ofensif menggunakan lif bomba untuk naik ke lokasi dan sistem pemadaman melalui wet riser untuk memadam kebakaran,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 7.04 pagi sebelum operasi pemadaman selesai sepenuhnya 8.45 pagi.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Hafizan berkata restoran itu ditutup sementara sehingga siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur selesai.
Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.