Pendakwah bebas lega akaun yayasan dibuka semula

Pendakwah bebas lega akaun yayasan dibuka semula

Akaun Yayasan Ar Riyaadah di bawah kendalian Ahmad Husam dibekukan selama setahun susulan laporan polis seorang aktivis.

Ahmad Husam Baderudin berkata beliau telah menerima notis rasmi pembatalan arahan pembekuan akaun. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pendakwah bebas Ahmad Husam Baderudin bersyukur selepa pihak berkuasa menarik balik arahan pembekuan terhadap akaun Yayasan Ar Riyaadah, yang disiasat hampir setahun.

Ahmad Husam berkata keputusan itu memberi kelegaan besar kepada beliau serta seluruh warga yayasan kerana dapat meneruskan semula operasi dan program kebajikan seperti biasa.

“Kami telah menerima notis rasmi pembatalan arahan pembekuan akaun.

“Yayasan kini boleh kembali menumpukan usaha dalam bidang pendidikan tahfiz dan kebajikan masyarakat, yang selama ini terjejas akibat sekatan kewangan,” katanya dalam kenyataan.

“Keputusan ini membuktikan Yayasan Ar Riyaadah bebas daripada sebarang salah laku,” katanya.

Menurut Ahmad Husam, sekatan terhadap akaun itu difahamkan berpunca daripada laporan seorang aktivis yang didakwa mempunyai niat tidak baik terhadapnya.

“Namun hasil siasatan pihak berkuasa mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan yayasan berkenaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.