Masalah di stesen jana kuasa Melaka punca bekalan elektrik putus di Lembah Klang, JB

Masalah di stesen jana kuasa Melaka punca bekalan elektrik putus di Lembah Klang, JB

TNB berkata pasukan teknikalnya sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat.

Edra Melaka Power Plant
TNB berkata, gangguan bekalan di kawasan terjejas itu berpunca pelantikan Stesen Janakuasa Edra di Melaka.  (Gambar Edra Energy)
PETALING JAYA:
Bekalan elektrik terjejas di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru petang tadi berpunca daripada gangguan di sebuah jana kuasa di Melaka, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).

TNB berkata, gangguan bekalan berpunca pelantikan Stesen Janakuasa Edra di Melaka.

“Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas,” katanya di Facebook.

Terdahulu, FMT melaporkan beberapa kawasan di Lembah Klang didakwa dilanda gangguan bekalan elektrik.

Menurut warganet, antara kawasan mengalami gangguan bekalan termasuk Seksyen 8, di sini, Universiti Malaya, Bukit Damansara, dan Mont Kiara.

Pengguna media sosial lain di X, berkata Midvalley Shopping Mall, Pavilion Damansara, dan TRX turut terjejas.

Dalam hantaran terbaru, TNB berkata setakat 5.30 petang, bekalan kembali pulih di Damansara City, Sri Hartamas, Danau Desa, SPPK Cheras, Ampang, Bukit Jalil, Sri Damansara, Kota Puteri, dan Pasir Gudang Darat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.