
Di Perak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,420 orang daripada 1,917 keluarga berbanding 6,375 daripada 1,973 keluarga yang ditempatkan di 43 PPS di enam daerah malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,961 orang, Perak Tengah (1,254), Bagan Datuk (861), Larut, Matang dan Selama (66) serta Muallim (16).
Di Pahang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,390 orang (468 keluarga) berbanding 1,272 orang (428 keluarga) malam tadi, membabitkan 37 PPS dibuka di enam daerah, iaitu Lipis (531 orang), Kuantan (371), Raub (233), Temerloh (117), Jerantut (75) dan Maran (63).
Di Selangor, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,646 orang (1,042 keluarga) berbanding 3,473 orang (989 keluarga) malam tadi.
Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 35 PPS masih beroperasi di lima daerah, iaitu Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Klang.
Di Terengganu, cuaca yang baik menyaksikan jumlah mangsa menurun kepada 5,856 orang daripada 1,719 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 6,521 orang daripada 1,962 keluarga malam tadi.
InfoBencana JKM memaklumkan, daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu (1,507 orang), Marang (1,162), Kemaman (907 orang), Kuala Nerus (825 orang), Setiu (767 mangsa), Dungun (491 orang) serta Hulu Terengganu (197 orang) .
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 1,850 orang daripada 715 keluarga pagi ini berbanding 1,974 mangsa malam tadi, dengan lapan PPS dibuka di tiga jajahan terjejas, iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.
Di Kedah, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan kepada 1,072 orang (312 keluarga) berbanding 1,817 orang (533 keluarga) malam tadi, dengan kesemua mangsa dari Kubang Pasu dan Kota Setar ditempatkan di 11 PPS.
Di Perlis, jumlah mangsa turut menurun kepada 4,266 orang berbanding angka 4,635 malam tadi, dengan kesemua mangsa dari Padang Besar, Arau dan Kangar yang ditempatkan di 18 PPS.
Di Negeri Sembilan, angka terkini mangsa banjir menurun kepada 253 orang (98 keluarga) yang ditempatkan di tiga PPS di Mukim Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Sementara itu, di Melaka, jumlah mangsa kekal 62 mangsa daripada 16 keluarga seperti malam tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Japerun Ayer Limau, SK Ayer Jernih dan Balai Raya Kampung Seri Jeram.