Suspek kes pukul warga emas ke mahkamah esok

Suspek kes pukul warga emas ke mahkamah esok

Suspek berdepan pertuduhan bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan, kata polis.

tendang warga emas
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki menendang warga emas dalam suatu kejadian kemalangan.
PETALING JAYA:
Suspek kes memukul dan menendang warga emas dalam suatu kejadian kemalangan di Cheras akan didakwa esok.

Suspek akan berdepan pertuduhan bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan, iaitu berkenaan sengaja menyebabkan cedera, dan menakutkan secara jenayah.

“Suspek akan dituduh esok di Mahkamah Majistret Kajang,” menurut Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan polis selepas dipercayai memukul dan menendang warga emas selepas mereka terbabit dalam kemalangan kecil, malam semalam.

Berita Harian melaporkan mangsa merupakan seorang pesara berusia 69 tahun, dan suspek direman dua hari untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.