
Setiausahanya Khairul Shahril Idrus berkata mesyuarat itu akan menentukan antara lain tarikh penamaan calon, pengundian awal, hari mengundi dan tempoh berkempen.
Katanya, SPR menerima pemakluman rasmi pembubaran daripada Speaker Kadzim M Yahya, semalam
“Sebagaimana diperuntuk di bawah Perkara 21 Fasal (4) Perlembagaan Negeri Sabah, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Isnin lalu, Ketua Menteri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN sekali gus mengakhiri mandat kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk penggal ini.
PRN itu akan menjadi medan penting bagi parti-parti utama Sabah termasuk GRS, Warisan, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam menentukan hala tuju politik Sabah bagi lima tahun akan datang.