Status 5 pemimpin STAR ditentukan esok

Status 5 pemimpin STAR ditentukan esok

STAR akan adakan mesyuarat khas esok untuk menentukan kedudukan lima wakil rakyat berkenaan.

Jeffrey Kitingan
Presiden Jeffrey Kitingan mahu lima pemimpin STAR yang bersama GRS menentukan sama ada mahu terus bersama parti.
KOTA KINABALU:
Status keahlian lima pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang memilih untuk kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam PRN17, akan diputuskan esok.

Presiden Jeffrey Kitingan berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas esok, untuk menentukan kedudukan kelima-lima wakil rakyat berkenaan.

“Saya memberikan mereka tempoh selama seminggu untuk menentukan keputusan mereka sama ada mahu terus bersama STAR atau sebaliknya, dan tempoh itu berakhir esok,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangasa Kota Kinabalu, petang tadi.

Khamis lepas, STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP) memutuskan untuk keluar daripada GRS dan bertanding secara solo dalam PRN17.

Bagaimanapun, semasa pengumuman pembubaran DUN oleh Ketua Menteri Hajiji Noor semalam, empat wakil rakyat STAR hadir iaitu Timbalan Presiden Ellron Angin yang juga penyandang kerusi Sook; Abidin Madingkir (Paginatan); Annuar Ayub (Liawan); dan Flovia Ng (Tulid).

Seorang lagi timbalan presiden yang juga penyandang kerusi Bingkor, Robert Tawik, walaupun tidak hadir pada majlis itu kekal menyokong GRS dan kelima-lima wakil rakyat tersebut hadir pada mesyuarat ahli majlis tertinggi GRS, hari ini.

Jeffrey berkata beliau menghormati keputusan berkenaan dan itu adalah hak mereka untuk membuat sebarang keputusan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.