
Katanya, keputusan bertanding di Matunggong adalah atas permintaan akar umbi di kawasan itu.
“Bukan tugas mudah tapi saya yakin rakyat di Matunggong mahukan perubahan seperti mana ditunjukkan rakyat Kota Marudu pada PRU15 pada 2022,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran jentera PRN Sabah bagi kawasan DUN Matunggong, DUN Bandau, dan DUN Tandek.
Sebelum ini, Wetrom menang kawasan Bandau pada PRN16 dan turut mencipta kejutan apabila menumbangkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu, Maximus Ongkili, di Parlimen Kota Marudu, pada PRU15.
Sementara itu, Wetrom mengesahkan 36 kerusi akan ditandingi KDM dengan beberapa lagi masih dalam pemerhatian.
“Setakat ini yang sah kita akan tanding 36 (kerusi), ada beberapa lagi ‘KIV’ (dalam pemerhatian).
“Memang sebelum ini saya pernah katakan kira-kira 20 kerusi, tapi kita mendapat banyak permintaan di kawasan-kawasan lain, apa yang pasti kita akan bergerak solo,” katanya.