Asean akan rancak semula perdagangan intrarantau

Asean akan rancak semula perdagangan intrarantau

Menteri Tengku Zafrul Aziz berkata berlandaskan jumlah penduduk hampir 700 juta Asean antara asas pengguna terbesar serta memiliki potensi sangat cerah.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-57 dan Majlis Kawasan Perdagangan Bebas Asean ke-39. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Asean akan mempergiat usaha memperkukuh penyepaduan ekonomi serantau dan merancakkan semula perdagangan intrarantau yang masih mendatar pada sekitar 20 hingga 22% berikutan landskap perdagangan global yang semakin tidak menentu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz, berkata berlandaskan jumlah penduduk hampir 700 juta, Asean merupakan antara asas pengguna terbesar dan paling dinamik di dunia serta memiliki potensi sangat cerah.

“Usaha untuk melonjakkan perdagangan intra-Asean secara strategik bukan sekadar satu aspirasi ekonomi.

“Usaha itu kini menjadi kepentingan strategik untuk membina rantau yang lebih berdaya tahan, berdikari dan berdaya saing di peringkat global,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-57 dan Majlis Kawasan Perdagangan Bebas Asean ke-39.

Menurut laporan, perdagangan intra-Asean kini hanya membentuk 21.2% daripada jumlah perdagangan rantau ini pada 2024, jauh ketinggalan berbanding blok lain seperti Kesatuan Eropah (EU) yang mencatatkan tahap perdagangan intra-EU sebanyak 60%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.