Dialog Asean-CPTPP pada November, teroka kerjasama

Dialog Asean-CPTPP pada November, teroka kerjasama

12 negara merupakan ahli kepada CPTPP termasuk Australia, Kanada, Jepun, dan Mexico.

Para menteri ekonomi negara anggota Asean sepakat mahu meneroka bidang kerjasama berpotensi dengan kumpulan CPTPP, kata Menteri Tengku Zafrul Aziz. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Asean dan kumpulan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan mengadakan dialog rasmi pada 20 Nov bagi meneroka bidang kerjasama berpotensi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata dialog rasmi dipersetujui semasa perbincangan dalam kalangan menteri pada mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57.

“Kami akan membincangkan beberapa bidang berpotensi untuk kerjasama dan kolaborasi ke tahap selanjutnya. Perbincangan ini akan dimulakan di peringkat pegawai kanan,” katanya pada sidang media.

CPTPP adalah perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani oleh 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, United Kingdom dan Vietnam.

Empat negara anggota Asean iaitu Brunei, Malaysia, Singapura dan Vietnam adalah ahli CPTPP.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.