
Zaidi Tuah, pengarah di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Kuantan, didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Dia didakwa menerima RM40,000 daripada seorang individu, dengan RM36,000 dimasukkan ke dalam akaun banknya dan bakinya dibayar secara tunai.
Pihak pendakwaan mendakwa wang itu dibayar sebagai balasan kerana membantu pelantikan syarikat tersebut sebagai kontraktor pengurusan sisa di Kedah.
Kesalahan didakwa dilakukan antara 8 Ogos 2019 dan 3 Sept 2020.
Jika sabit kesalahan, Zaidi berdekpan penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah terlibat.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menetapkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut memerintahkan Zaidi menyerahkan pasportnya sehingga kes selesai dan melaporkan diri secara berkala di pejabat SPRM Kuantan.
Setelah dimaklumkan bahawa Zaidi masih bekerja di agensi itu, Awang mengeluarkan perintah melarangnya daripada mengakses sebarang dokumen dan mengganggu saksi.
Zulfadli Azharudin mengendalikan pendakwaan, manakala peguam Thalia Rohaina Abdul Latiff mewakili Zaidi.
Mahkamah menetapkan 13 Nov untuk pengurusan kes.