Hilang sejak Jun, remaja UK ditemui di Jalan Pudu

Hilang sejak Jun, remaja UK ditemui di Jalan Pudu

David Balisong, 17, ditemukan selamat di sebuah hotel di kawasan itu.

David Balisong
David Balisong dari Cheadle, Greater Manchester, seorang diri menaiki penerbangan dari Manchester ke Kuala Lumpur, pada Jun dan bertindak mematikan telefon dan tidak membalas e-mel. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Remaja United Kingdom (UK) dilaporkan hilang selepas masuk ke neagra ini pada 7 Jun lalu ditemui di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, sekitar 7 malam tadi.

David Balisong, 17, ditemukan selamat di sebuah hotel di kawasan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, mengesahkan penemuan David oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Kontinjen Kuala Lumpur.

“Setakat ini saya mengesahkan penemuannya dan butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian sehingga pemeriksaan lanjut termasuk keadaan dirinya selesai dijalankan,” katanya kepada Berita Harian

Balisong, seorang pelajar cemerlang dari Cheadle, Greater Manchester, meninggalkan rumah pada awal pagi 6 Jun lalu dan memberitahu abangnya dia mempunyai urusan di sekolah.

Sebaliknya, remaja itu seorang diri menaiki penerbangan dari Manchester ke Kuala Lumpur. Sejak itu, dia mematikan telefon dan tidak membalas e-mel.

Dilahirkan di UK kepada ibu bapa Filipina, Balisong tidak mempunyai sebarang hubungan diketahui dengan Malaysia. Dia berlepas dengan £1,200 (RM6,900) dalam akaun banknya dan diberi visa 90 hari semasa ketibaan.

Pada 16 Julai, remaja itu dipercayai telah menghubungi keluarganya melalui e-mel dan meminta agar mereka tidak mencarinya.

Polis bertindak memanggil enam individu bagi membantu siasatan dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di KL Sentral juga dianalisis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.