Pegawai kanan JSJ Selangor maut dilapor terjatuh

Pegawai kanan JSJ Selangor maut dilapor terjatuh

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu bedah siasat.

Shazeli Kahar
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 3.07 pagi tadi dengan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang pegawai kanan polis bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor maut disyaki terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 3.07 pagi.

“Pusat Kawalan IPD Shah Alam menerima maklumat tersebut pada 20 Mei, kira-kira 3.07 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai tidak menyebarkan spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.