
Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh berkata, polis mengesan satu hantaran video di TikTok yang memaparkan kenderaan itu digunakan di jalan raya.
Katanya, berdasarkan siasatan kejadian itu dipercayai dirakam pada 15 Ogos lalu kira-kira jam 3 petang sebelum dimuat naik di media sosial.
“Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama seorang wanita dan seorang kanak-kanak didapati menaiki kenderaan berkenaan di lokasi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Balveer berkata kes itu disiasat di bawah Peraturan 3(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 kerana menggunakan kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Muhammad Hafiz Aminuddin di talian 011-35807871.