
Kedutaan berkata, demonstrasi itu memberi kesan terhadap aliran trafik dengan penutupan beberapa lokasi, khususnya di Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat.
Sehubungan itu, ia menggesa rakyat Malaysia yang bermastautin di Jakarta atau yang berkunjung atas urusan pelancongan, perniagaan dan sebagainya sentiasa memantau perkembangan lokasi demonstrasi melalui pengumuman pihak berkuasa tempatan dan media.
“Warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk menghindari lokasi demonstrasi dan tidak melibatkan diri dalam apa jua tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan,” menurut kedutaan dalam kenyataan.
Bagi sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +62813 8081 3036.