
Dwi Septianto, pegawai kanan Jabatan Penerangan Pejabat Bomba Jakarta Pusat, berkata 29 jentera dan 101 anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran itu.
“Kami segera bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat kebakaran pada 12.43 tengah hari,” katanya sambil menambah kebakaran itu dipercayai berpunca daripada bateri di tingkat pertama bangunan berkenaan.
“Di bangunan itu, bateri litium untuk dron dihasilkan. Mangsa mungkin menghidu asap bahan bateri terbakar.”
Beliau memaklumkan kebakaran itu berjaya dikawal pada 5.05 petang (waktu tempatan) dan semua tingkat telah diperiksa.
Ketua Agensi Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Jakarta, Isnawa Adji, berkata mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan 15 wanita.
“Seramai 22 orang disahkan maut, manakala 54 lagi terselamat. Jumlah mangsa mungkin berubah,” katanya kepada Xinhua sambil menambah 18 anggota agensi terbabit dalam operasi pemindahan.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Polis Kramat Jati di Jakarta Timur.