Lagi gempa lemah di Segamat

Lagi gempa lemah di Segamat

Gempa lemah bermagnitud 3.2 berlaku 8.59 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi berkata gegaran turut dirasai di Johor dan selatan Pahang. (Gambar MetMalaysia)
PETALING JAYA:
Gempa bumi bermagnitud 3.2 dikesan di Segamat, Johor pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan gempa lemah itu berlaku pada 8.59 pagi tadi pada kedalaman 10km.

Menurutnya, gegaran turut dirasai di Johor dan selatan Pahang.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam catatan X.

Ini gempa lemah ketiga selepas gempa bermagnitud 4.1 melanda Segamat pada 6.13 pagi Ahad lalu, disusuli gegaran kedua bermagnitud 2.8 pada 9 pagi hari sama melanda Yong Peng di Batu Pahat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.