
Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek itu direman lima hari hingga 31 Ogos ini selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Sumber berkata, kedua-dua lelaki berusia 30-an dan 50-an ditahan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, kira-kira 5 petang hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.
“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek dipercayai bersubahat dengan memperakukan dan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan peruntukan kepada sebuah yayasan yang berjumlah lebih RM2.1 juta.
“Tuntutan itu melibatkan bantuan di bawah tabung pendidikan sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sebagaimana dalam permohonan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.