Tipu RM155,000: Pengarah syarikat Singapura mengaku tak salah

Tipu RM155,000: Pengarah syarikat Singapura mengaku tak salah

Chong Kok Ming didakwa perdaya empat warga asing berkait penerimaan saham dan dividen.

mahkamah sesyen majistret johor bahru
Pengarah sebuah syarikat didakwa mempercaya empat warga asing di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pengarah sebuah syarikat Singapura berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dakwaan memperdaya empat warga asing 11 tahun lalu melibatkan RM155,000.

Tertuduh, Chong Kok Ming, 54, yang juga merupakan penduduk tetap (PR) Singapura, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail, lapor Kosmo.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Chong didakwa memperdaya dua individu wang berjumlah RM71,250 masing-masing dengan mengatakan mangsa bakal menerima saham serta dividen tahunan daripada sebuah syarikat berdaftar di Malaysia.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank beralamat di Taman Makmur, Batu Pahat pada 15 Okt 2014.

Berdasarkan pertuduhan ketiga dan keempat, Chong didakwa memperdaya dua lagi mangsa berlainan wang sebanyak RM6,250 masing-masing dengan mengatakan mangsa bakal menerima saham serta dividen tahunan daripada sebuah syarikat berdaftar di Malaysia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Chan Lee Lee, manakala tertuduh diwakili peguam K Veeranesh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.