
Bekas menteri ekonomi itu menjelaskan beliau harus menegur Fadhlina kerana menjadi pembimbing sorak (cheerleader).
“Bila dia buat begitu, nanti di masa akan datang tak salahlah menteri-menteri pendidikan akan datang meminta murid-murid, pelajar dan siswa menyatakan taat setia dan kecintaan kepada pemimpin lain,” katanya dalam video di Facebook.
Di media sosial, video di suatu program itu mencetuskan kritikan warga net, yang mempersoalkan kewajaran seorang menteri pendidikan membuat permintaan sedemikian.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947.
“Kalau ya pun dia sangat cintakan PMX dan mahu buktikan kesetiaan, cukup dengan ucapan dari dia sendiri,” kata Rafizi, menegaskan sekolah tidak boleh bercampur dengan politik dan pandangan peribadi.
Bekas timbalan presiden PKR itu juga berkata tindakan Fadhlina memberi kesan kepada ahli parti lain.
“Lepas ni orang PKR tak boleh kritik dah kalau ada ahli politik masuk sekolah dengan mesej politik,” katanya.