
KUALA LUMPUR: Putrajaya akan memperuntukkan RM67 bilion untuk sektor pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, Anwar berkata peruntukan itu termasuk pembinaan sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah termasuk Kemas serta kemudahan institusi pendidikan tinggi awam.
Untuk rekod, kerajaan telah menaik taraf 1,200 sekolah daif di seluruh negara setakat hari ini.
Beliau berkata, pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat kebenaran merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu.
“Manakala pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah yang bersesuaian,” katanya.