
Beliau berkata seramai 500 ahli diperlukan untuk mengadakan mesyuarat itu, namun hanya 304 ahli yang hadir.
“Saya kecewa, kerana setiap kali kita adakan mesyuarat agung, kita perlu keluarkan perbelanjaan,” katanya dalam sidang media di Menara Matrade.
Mesyuarat itu dipanggil pada 1 Julai untuk membahaskan dua usul utama berkaitan kebebasan badan kehakiman di negara ini.

Usul pertama bertajuk ‘kebebasan badan kehakiman’ sepatutnya dibentangkan oleh Ezri sendiri.
Usul kedua, untuk ‘memastikan perdana menteri bertanggungjawab kerana membenarkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman terhakis’ dicadang bersama oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Surendra Ananth, dengan sokongan empat peguam lain.
Satu lagi usul bertajuk ‘pelaksanaan kadar minimum gaji yang adil untuk pelatih dalam kamar’, yang dikemukakan oleh peguam Goh Cia Yee dan Vince Tan, mendapat sokongan meluas dan disokong oleh 190 peguam.
Ezri berkata peguam muda dijangka hadir, khususnya bagi pembentangan usul ketiga.
“Kami merasakan peguam muda mahu bersuara, sebab itu kami anjurkan mesyuarat ini ini,” katanya.
Antara peguam yang hadir ke mesyuarat tersebut ialah bekas peguam negara, Tommy Thomas.
Ini bukan kali pertama mesyuarat Majlis Peguam terpaksa dibatalkan akibat ketiadaan korum.
Pada 2023, mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam turut dibatalkan apabila hanya 276 peguam hadir, sedangkan korum sebanyak 500 diperlukan untuk meneruskan mesyuarat tersebut.
Ini menyebabkan peguam yang juga aktivis, Siti Kasim mengecam peguam yang disifatkannya sebagai ‘malas’, sambil memetik bahawa terdapat 9,000 ahli di Kuala Lumpur sahaja.
Terdapat seramai 24,000 ahli Majlis Peguam di Semenanjung Malaysia.