
Timbalan presiden Bersatu itu mendakwa banyak negara Asean seperti Thailand telah menurunkan harga bahan bakar itu sejak beberapa minggu lalu.
“Harga minyak dunia sudah turun… itu sebabnya.
“Bukan sebab kamu (Anwar) yang turunkan (harga RON95),” kata wakil rakyat Larut itu pada sidang media di Parlimen.
Semalam, Anwar mengumumkan harga RON95 yang ketika ini RM2.05 seliter akan diturunkan kepada RM1.99 menerusi subsidi bersasar yang perinciannya bakal diumumkan menjelang akhir September ini.
Anwar yang juga menteri kewangan langkah itu selari pendekatan penyasaran subsidi yang tidak akan menjejaskan rakyat biasa.
Beliau turut menjelaskan bagi 2023 dan 2024 subsidi petrol RON95 dianggarkan hampir RM20 bilion setahun.
Walaupun harga minyak dunia menurun, harga sebenar RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter iaitu jauh lebih tinggi berbanding harga subsidi dinikmati rakyat.