
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pendekatan yang diambil berteraskan data serta realiti semasa agar pimpinan negeri dapat bertindak secara selari, bersepadu dan berpaksikan fakta bersama kerajaan persekutuan.
“Dalam kerangka ini, kerajaan menggerakkan perancangan senario yang teliti dan menyeluruh bagi mendepani pelbagai kemungkinan, termasuk memastikan kesinambungan bekalan tenaga negara sentiasa terjamin dalam apa jua keadaan,” katanya di Facebook.
Anwar turut mengumumkan libat urus strategik bersama pihak industri dan perusahaan kecil dan sederhana, serta pemegang taruh lain, akan terus diperkukuh agar setiap pendekatan bersifat menyeluruh, seimbang dan berimpak tinggi.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menyeru rakyat dan komuniti perniagaan supaya bersama kerajaan dalam menghadapi krisis tenaga global.
Tegasnya, usaha bersama, disiplin dan kerjasama erat menjadi kunci utama untuk Malaysia kekal stabil mengharungi cabaran itu
Tambahnya, kerajaan akan bekerjasama rapat dengan industri dan membendung tekanan kenaikan harga sedaya upaya.