
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan itu, dipercayai dimuat naik sebagai reaksi terhadap isu berhubung pesta tidak bermoral dalam negara, serta kenyataan rasmi Anwar mengenai pemberian insentif penghargaan kepada rakyat.
“Dalam satu lagi hantaran, individu terbabit turut disyaki membuat tuduhan bersifat palsu dan jelik melampau berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara,” menurut kenyataan SKMM.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa SKMM telah merakam keterangan individu terbabit di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, semalam bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
SKMM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan platform media sosial untuk tujuan penyebaran kandungan jelik melampau atau tuduhan tidak berasas, serta akan terus mengambil tindakan tegas demi memelihara ketenteraman awam dan keharmonian negara.