
Jabatan Bomba Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.56 pagi mengenai seorang lelaki berusia 60 tahun yang pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian.
Katanya, sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Bagan Jermal bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 4km dan tiba pada 10.11 pagi.
“Pasukan keluaran operasi cuba untuk membuat bantuan pernafasan kepada mangsa tetapi tidak berjaya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi,” kata kenyataan itu.
Tambahnya, mangsa dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.