Pengasas program eHati, 4 lagi direman 3 hari

Pengasas program eHati, 4 lagi direman 3 hari

Perintah reman terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

logo ehati
Suami isteri pengasas program motivasi itu dilaporkan ditahan semalam selepas memberikan keterangan di IPD Petaling Jaya.
PETALING JAYA:
Pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga eHati bersama empat individu lain direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Suspek berusia 26 hingga 57 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan seseorang, Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dalam pada itu, peguam mewakili mereka, M Reza Hassan berkata pihaknya akan memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan reman terbabit.

“Salah seorang anak guam saya sudah mengemukakan laporan perubatan kerana tidak sihat, namun tidak diterima mahkamah.

“Sebab itu kami memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan itu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Shah Alam, menurut Berita Harian.

Suami isteri pengasas program motivasi itu dilaporkan ditahan semalam selepas memberikan keterangan di IPD Petaling Jaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.