Johari Ghani pangku jawatan menteri sumber asli dan kelestarian alam

Johari Ghani pangku jawatan menteri sumber asli dan kelestarian alam

Ia dipersetujui Jemaah Menteri yang bersidang dua hari lalu.

johari ghani
Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani juga merupakan menteri perladangan dan komoditi.
PETALING JAYA:
Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani akan menjalankan tugas dan fungsi menteri sumber asli dan kelestarian alam, berkuat kuasa serta merta.

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, berkata perkara itu dipersetujui Jemaah Menteri yang bersidang dua hari lalu.

Ia susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Setiausaha Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam, awal bulan ini.

Johari, merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga naib presiden Umno.

Bulan lalu, Kabinet turut bersetuju Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menjalankan tugas dan fungsi menteri ekonomi, selepas pengunduran Rafizi Ramli.

Amir juga dipertanggungjawab mengolak dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai.

Rafizi dan Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai menteri susulan gagal mempertahankan jawatan masing-masing sebagai timbalan presiden dan naib presiden pada pemilihan PKR Mei lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.