
“Saya berterima kasih atas komen dan sokongannya. Sudah tentu saya akan mempertimbangkannya,” katanya pada majlis pelancaran produk di sini.
Semalam, Akmal dilaporkan berkata, beliau sedia menjadi jambatan untuk membawa pemimpin Umno digantung dan dipecat Umno termasuk Khairy, Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan kembali ke pangkuan parti itu.
“Mereka yang pernah dikenakan tindakan ada jasa yang kita tidak boleh lupakan.
“Jadi sebab itu, saya kata yang paling penting adalah penyatuan Umno dan tentunya penyatuan ini tidak boleh dilakukan sebelah pihak saja,” katanya sambil menambah bekas pemimpin Umno digantung atau dipecat perlu membuang ego mereka jika masih sayangkan parti.
Khairy yang juga bekas ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau, dipecat Umno pada Januari 2023 atas dakwaan pelanggaran disiplin.
Umno Sembrong dalam mesyuarat agung 21 Jun lalu mengemukakan usul supaya pucuk pimpinan parti mempertimbangkan untuk menerima bekas ketuanya, Hishamuddin semula.
Tetapi, bekas naib presiden Umno itu dilaporkan enggan merayu penggantungannya kerana tidak dimaklumkan secara rasmi dan tidak tahu sebab keahliannya digantung enam tahun.