
Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata perintah reman pasangan itu bermula hari ini sehingga 11 Julai.
“Polis masih menyiasat motif kejadian itu. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya kepada Harian Metro.
Dilaporkan mangsa meninggal dunia dengan kesan lebam, bengkak, dan luka di seluruh badan disyaki didera di Paya Jaras, Sungai Buloh.
Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 28 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Hafiz berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kematian kanak-kanak berkenaan dari pegawai perubatan hospital terbabit pada 12.45 tengah malam, Jumaat.
Pemeriksaan mendapati terdapat lebam, bengkak dan luka di seluruh badan selain kesan tompokan darah yang sudah kering di bahagian mulut dan hidung kanak-kanak berkenaan.