
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Alwi Zainal Abidin berkata dalam kejadian 5.40 petang itu, suspek yang menaiki motosikal telah menghampiri kenderaan mangsa lalu melepaskan lima das tembakan sebelum melarikan diri.
Menurutnya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
“Polis sedang berusaha mengesan suspek dan motif kejadian.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan dan menggugat ketenteraman awam,” katanya.
Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Shuheri Abd Rani di talian 04-576 2222 sambungan 2275, atau hadir ke mana-mana balai polis terdekat.