
Ketua Polis Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya menerima laporan pada hari sama sebelum menahan wanita 54 tahun itu pada 8.15 malam Sabtu.
“Mangsa sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang, manakala permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari bermula hari ini (semalam) sehingga Rabu ini (4 Julai) bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau menyeru orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan kecederaan dialami mangsa pada tangan dan kepala.