
Eng Heng Jun memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa ahli perniagaan Zarul Ahmad Zulkifli telah menyebut nama Lim pada 9 Disember 2019 ketika siasatan dijalankan terhadap seorang lagi ahli perniagaan, G Gnanaraja.
Beliau berkata kertas siasatan terhadap Lim dibuka selepas satu aduan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dibuat pada Januari 2020.
Lim didakwa di mahkamah pada Ogos tahun yang sama.
Semasa pemeriksaan balas, Eng menolak dakwaan peguam bela Tiara Katrina Fuad bahawa bukti mengaitkan Lim hanya muncul kerana SPRM telah memberi ‘tekanan berterusan’ terhadap Zarul.
Eng juga menafikan bahawa beliau telah menasihati Zarul supaya membuat aduan terhadap Lim pada 2018.
Beliau menjelaskan dirinya hanya mengetahui siasatan terhadap Lim selepas dimaklumkan pegawai atasannya.
Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut daripada Zarul, serta menerima rasuah RM3.3 juta daripada ahli perniagaan terbabit.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan tanah kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta.
Perbicaraan di depan Hakim Azura Alwi akan bersambung pada 10 dan 11 Julai.