SPRM akan mohon notis merah Interpol terhadap 2 anak Daim

SPRM akan mohon notis merah Interpol terhadap 2 anak Daim

Agensi antirasuah itu juga akan kerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk sekat pergerakan Amir Zainuddin dan Amin Zainuddin yang gagal tampil beri keterangan.

logo sprm macc
SPRM berkata, pihaknya pandang serius ketidakhadiran Amir Zainuddin dan Amin Zainuddin tampil beri keterangan, khususnya selepas peguam mereka nyata komitmen kehadiran mereka.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon notis merah Interpol terhadap dua anak lelaki bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, selepas mereka gagal tampil di ibu pejabat agensi antirasuah itu untuk memberikan keterangan.

SPRM berkata, pihaknya memandang serius ketidakhadiran Amir Zainuddin dan Amin Zainuddin, khususnya selepas peguam mereka menyatakan komitmen dan persetujuan bahawa anak guam mereka akan hadir.

“Namun demikian, mereka sekali lagi gagal berbuat demikian tanpa sebarang alasan yang munasabah,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Menurut SPRM, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk menyekat dan memantau pergerakan kedua-dua lelaki itu.

Amir Zainuddin dan Amin Zainuddin juga akan diheret ke mahkamah berhubung ketidakhadiran mereka, tambah agensi itu.

“SPRM menegaskan bahawa sebarang kegagalan mematuhi arahan sah agensi ini tidak akan dilayan dengan toleransi, dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan tanpa pengecualian,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.