Pelaburan saham tak wujud, pengurus jualan rugi RM389,000

Pelaburan saham tak wujud, pengurus jualan rugi RM389,000

Lelaki berusia 40-an itu sedar ditipu selepas aplikasi digunakan tidak dapat diakses.

scammers
Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim, berkata mangsa sedar ditipu petang tadi selepas pindah wang dalam enam akaun menerusi sembilan transaksi.
PETALING JAYA:
Pengurus jualan sebuah kilang swasta di Nilai mengalami kerugian RM389,000 selepas terperdaya skim pelaburan saham kononnya menjanjikan untung lumayan menerusi Facebook.

Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim, berkata lelaki tempatan berusia lewat 40-an itu mendakwa berurusan dengan individu menawarkan skim pelaburan berkenaan pada 19 April lalu, sebelum diminta memuat turut aplikasi ‘P3X’ dalam telefon bimbitnya.

“Dia yang berminat dengan skim berkenaan kemudian memindahkan wang ke dalam enam akaun yang diberikan individu itu menerusi sembilan transaksi, dengan keseluruhan berjumlah RM389,000 untuk tujuan pelaburan terbabit.

“Mangsa menyedari telah ditipu selepas aplikasi yang dimuat turun tidak dapat diakses olehnya, selain tidak dapat mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis pada 2.50 petang tadi,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Malik menasihatkan orang awam supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum menyertai apa-apa pelaburan dan tidak memberikan maklumat bank kepada individu tidak dikenali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.