
Dalam kejadian kira-kira 1.28 pagi, bas dua tingkat yang membawa masing-masing seorang pemandu dan pembantu pemandu serta sembilan penumpang melanggar bahagian belakang sebuah lori tunda di laluan sama.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah serta Gopeng digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu bas berusia 29 tahun didapati tersepit di tempat duduknya. Sembilan penumpang bas dan seorang pembantu pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dua individu dalam lori tunda, iaitu pemandu dan kelindan juga dilaporkan selamat,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa cedera di kaki kanan sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, operasi membabitkan 15 anggota bomba serta penggunaan dua jentera itu tamat sepenuhnya pada 2.23 pagi.