10 maut, 32 cedera bas masuk gaung di Mexico

10 maut, 32 cedera bas masuk gaung di Mexico

Kemalangan berlaku apabila bas yang dikendalikan oleh syarikat Conexion terbabas ketika melalui jalan di utara Veracruz, menurut mangsa terselamat dan petugas kecemasan.

10 maut, 32 cedera bas masuk gaung di Mexico
Sepuluh maut manakala 32 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di perbandaran Zontecomatlan, Veracruz di timur Mexico. (Gambar X)
MEXICO CITY:
Sepuluh orang maut manakala 32 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di perbandaran Zontecomatlan, Veracruz di timur Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Seramai sembilan orang dewasa dan seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan itu, menurut kerajaan perbandaran Zontecomatlan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Pihak berkuasa masih meneruskan proses pengesahan identiti mangsa yang terkorban.

Kemalangan berlaku pada Rabu apabila bas yang dikendalikan oleh syarikat Conexion terbabas ketika melalui jalan di utara Veracruz, menurut mangsa terselamat dan petugas kecemasan.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan perubatan, menurut Sekretariat Perlindungan Awam negeri itu menerusi Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.