4 maut nahas bas di Nepal

4 maut nahas bas di Nepal

Seramai 23 lagi cedera dalam kemalangan bas di pinggir bandar Kathmandu pada petang Rabu.

Police line epa images pic 020924
Empat maut selepas sebuah bas membawa kira-kira 40 penumpang terjunam ke cerun sedalam kira-kira 100m dari lebuh raya di pinggir bandar Kathmandu pada petang Rabu. (Gambar EPA Images)
KATHMANDU:
Empat maut, manakala 23 lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di pinggir bandar Kathmandu pada petang Rabu, kata pegawai polis, lapor Xinhua.

Bas membawa kira-kira 40 penumpang itu terjunam ke cerun sedalam kira-kira 100m dari lebuh raya.

Jurucakap polis daerah, Pawan Bhattarai, berkata beberapa mangsa cedera dilaporkan dalam keadaan serius.

Katanya, polis sedang menyiasat punca nahas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.