SPRM ambil keterangan Tan Sri berkait dana lebuh raya

SPRM ambil keterangan Tan Sri berkait dana lebuh raya

Dua pegawai penyiasat SPRM melaksanakan proses itu di kediaman Tan Sri berkenaan di ibu negara.

macc sprm
Semalam, media melaporkan SPRM akan mengambil keterangan daripada Tan Sri terbabit selepas beliau dibenarkan keluar dari hospital.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Sumber berkata, dua pegawai penyiasat SPRM melaksanakan proses itu di kediaman Tan Sri berkenaan di ibu negara.

Selain itu, sumber memaklumkan SPRM turut melakukan serbuan di kediaman Tan Sri berkenaan di Melaka, namun tiada sebarang rampasan atau sitaan.

Semalam, media melaporkan SPRM akan mengambil keterangan daripada Tan Sri terbabit selepas beliau dibenarkan keluar dari hospital.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.